Pusat Bantuan

Jawapan kepada soalan lazim tentang mencari penginapan dan menguruskan listing. Tidak jumpa apa yang anda cari? Hantar mesej kepada kami di bawah.

Untuk Pengguna

Bagaimana cara mencari penginapan?
Guna halaman carian dan tapis mengikut negeri, daerah, harga semalam, bilangan tetamu, kategori dan kemudahan. Setiap hasil carian ada URL sendiri, jadi anda boleh simpan atau kongsi terus.
Bolehkah saya tempah terus melalui enap.my?
Belum. enap.my ialah platform direktori dan penghubung — anda berhubung terus dengan pemilik melalui Chat Owner, dan urusan tempahan serta pembayaran dibuat antara anda dan pemilik.
Bagaimana cara hubungi pemilik penginapan?
Buka halaman listing dan tekan butang Chat Owner. Anda perlu log masuk dahulu supaya pemilik boleh membalas mesej anda.
Apa maksud lencana Verified Owner?
Ia lencana kepercayaan yang menunjukkan pemilik telah melalui proses pengesahan tambahan oleh Admin. Ia bukan jaminan tempahan, dan pemilik tanpa lencana ini juga sah menggunakan platform.
Bagaimana melaporkan listing yang mencurigakan?
Guna borang di bawah dan pilih topik Laporan penyalahgunaan. Sertakan pautan listing berkenaan supaya Admin boleh menyemak dengan cepat.

Untuk Pemilik Penginapan

Bagaimana cara mendaftar sebagai pemilik?
Log masuk, buka dashboard akaun, dan hantar permohonan pemilik. Admin akan menyemak permohonan anda.
Perlu tunggu diluluskan sebelum sediakan listing?
Tidak. Semasa status pemilik anda masih 'Sedang Disemak', anda sudah boleh menyediakan listing dan memuat naik gambar. Listing hanya muncul kepada umum selepas kedua-dua akaun pemilik dan listing diluluskan.
Berapa lama proses kelulusan listing?
Biasanya dalam 1–2 hari bekerja. Listing yang lengkap — gambar jelas, penerangan penuh, lokasi dan kemudahan yang betul — biasanya diluluskan lebih cepat.
Bolehkah saya edit listing yang sudah diterbitkan?
Boleh. Perubahan pada listing yang sudah diluluskan terus terbit tanpa semakan semula. Anda juga boleh menarik listing daripada paparan awam pada bila-bila masa.
Kenapa listing saya ditolak?
Sebab penolakan dipaparkan pada halaman listing anda. Selalunya kerana gambar tidak jelas, penerangan terlalu singkat, maklumat lokasi tidak tepat, atau kandungan tidak berkaitan penginapan. Perbaiki dan hantar semula.
Bagaimana harga dimasukkan?
Masukkan harga semalam dalam Ringgit bulat, contohnya 120 untuk RM120. Sistem akan memaparkannya sebagai RM120.00 kepada pengguna.

Pautan Pantas